Orang lain mungkin boleh memberikan nasihat terbaik...Tetapi diri anda sendiri yang mengetahui sama ada nasihat-nasihat itu sebenar-benarnya baik untuk anda...
-DENGAN NAMA ALLAH-
Assalamualaikum...
Buat kali kedua ana melayarkan diri dalam bidang blog nie...hihi...sekadar santapan rohani buat anda sume kat luar sana...so, klu ade ape-ape komen, amatlah dialu-alukan...semoga segala yg telah ana paparkan, dpt dijadikan iktibar dan pedoman hidup kita semua dalam mengejar cinta-Nya...
sekian...wassalam...
Jangan kau angankan syurga firdausi Andai kau sering berputus asa Jangan sesekali kau dambakan cinta manusia Jika kau belum gapai cinta ilahi Jangan kau dambakan pasangan yang soleh/ah Andai kau belum menjadi soleh/ah Jangan kau harapkan ilmu datang menghadap Jika kau hanya tahu berpeluk tubuh Jangan bermimpi akan harta duniawi Kerna itu hanya sementara Jangan harapkan saham akhirat Andau kau hanya mementingkan duniawi Jangan sesekali kau menjangka Wajah,harta dan segala kau kau miliki saat itu akan berkekalan Kerna itu semua akan Tuan empunya tarik kembali
Tiada yang kekal melainkan Allah Disuatu masa kelak, pasti berakhir sebuah lamunan duniawi Di saat itu, barulah kau akan tersedar dari mimpi semetara
Apabila kita sering diuji dengan apa yang sering kita dakwahkan, itu petanda ALLAH sedang mendidik kita agar melaksanakan apa yang kita perkatakan...Bersyukurlah kerana Allah masih sudi mengingatkan kita dalam usaha kita mengingatkan manusia! Pendakwah adalah seorang MURABBI, bukan SELEBRITI!
Sedikit sebanyak tentang ana...
NAMA
Izz Ismail...
NAMA PANGGILAN
Izz @ Balqis
UMUR
Alhamdulillah...dikurniakan rezeki 9A tahun ini..2010..baru masuk alam 16 tahun nie 2011...
ASAL
Kuala Lipis
TEMPAT TINGGAL
Kuantan
BUKU
Motivasi
SEKOLAH
Imtiaz Kuala Terengganu...jomlah, ramai-ramai jadi HAMILUL QURAN...
PESANAN BUAT SEMUA
Hampir semua kegagalan disebabkan tersalah langkah. Salah langkah bermula daripada tersalah fikir. Tersalah fikir bermula daripada gagal mengenal diri...
Santapan nurani...
Jika anda baik lalu masuk syurga, itu belumlah hebat berbanding anda tidak begitu baik, tapi ramai orang akhirnya masuk syurga lantaran mencontohi kebaikan anda yang mereka lihat...